Membina Legasi Intelek, Generasi Berilmu & Membaca
Di IntelekEdu Kulai, kami mendidik anak suka membaca, membina karakter positif, & mengasah IQ melalui EQ dengan pendekatan bermain sambil belajar melalui Program Cahayaku terbukti berkesan sejak 1998.
Liputan Media













🔴 Cabaran Membesarkan Anak di Era Moden
Anak tak suka belajar bukan sebab malas, tapi kerana pendekatannya terlalu menekan.
💢 Masalah yang sering berlaku:
- Anak tidak kenal huruf, lambat membaca atau tak fokus, tetapi ibu bapa belum tahu puncanya.
- Tekanan di sekolah atau dari rumah buat anak jadi takut belajar dan makin menjauh.
- Pendekatan mengajar yang terlalu serius menyebabkan anak bosan dan hilang minat.
- Ibu bapa tidak tahu cara bantu anak di rumah dengan kaedah yang lembut dan sesuai.
- Tiada tempat pemulihan khas di sekitar Kulai yang menawarkan intervensi awal dan kaedah belajar santai.
Solusi Pendidikan Holistik Anak Anda
Belajar Seronok, Kemajuan Cepat
IntelekEdu menggunakan Modul Cahayaku dan teknik bermain sambil belajar untuk membantu anak cepat menguasai membaca, menulis, dan membina keyakinan. Pendekatan 1-to-1 dan suasana mesra memastikan pembelajaran kekal menyeronokkan dan berkesan.
Bandar Indahpura & Bandar Putra
Visi Kami
✨ Membentuk Generasi Celik Ilmu dan Berkarakter Positif
Kami di IntelekEdu bertekad menjadi pusat pendidikan yang membantu anak-anak menguasai kemahiran asas 3M, membina sahsiah mulia, dan menyemai semangat belajar sepanjang hayat melalui pendekatan mesra, kreatif, dan menyeronokkan.
Program Ditawarkan
Pilihan Program Pendidikan untuk Anak Anda
Tadika Integrasi
Pendidikan awal kanak-kanak berumur 4–6 tahun dengan gabungan modul akademik, agama, dan karakter dalam suasana bermain sambil belajar.
Kelas Membaca
Kelas 1-to-1 untuk pelajar 7 tahun ke atas yang memerlukan bimbingan intensif menguasai kemahiran membaca.
Pendidikan Khas
Program harian separuh atau sepenuh masa untuk pelajar istimewa, termasuk penguasaan akademik asas, latihan kendiri, dan pendidikan agama asas.
Terapi Membaca
Program khas untuk pelajar berkeperluan khas yang memerlukan intervensi pembelajaran secara bertahap melalui modul terapi sensori dan pra-baca.
Jadual Fleksibel Mengikut Program
Waktu Operasi IntelekEdu
Tadika Integrasi
Bandar Indahpura
Isnin – Jumaat
- 8.30 pg - 12.00 tghari
- 8.30 pg - 4.30 petang
- 8.30 pg - 6.30 petang
Bandar Putra
Isnin – Jumaat
- 8.30 pg - 12.00 tghari
- 8.30 pg - 4.30 petang
- 8.30 pg - 6.30 petang
Terapi Membaca
Bandar Indahpura
Isnin, Selasa, Rabu
- 2.30 ptg - 4.00 ptg
Bandar Putra
Isnin, Selasa, Rabu
- 2.30 ptg - 4.00 ptg
Kelas Membaca
Bandar Indahpura
Sabtu
- 8.30 malam – 10.00 malam
- 10.30 pg - 12.00 tghari
Bandar Putra
Selasa
- 8.00 malam – 9.00 malam
- 9.00 malam – 10.00 malam
Kami menyediakan waktu operasi yang fleksibel untuk memenuhi keperluan pembelajaran anak dan kesesuaian masa ibu bapa.
Kenapa Pilih IntelekEdu?
Pusat Pendidikan Bersepadu yang Fokus kepada Potensi Anak
Di IntelekEdu, setiap anak adalah unik. Kami menggunakan pendekatan holistik berteraskan program Cahayaku Legacy untuk memastikan mereka berkembang dari segi :
- Akademik
- Emosi
- Sosial
Modul Terbukti Berkesan
Modul Cahayaku yang lengkap dan sesuai mengikut tahap pelajar.
Bermain Sambil Belajar
Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mesra kanak-kanak.
Mendidik Melalui EQ
Pendekatan membina emosi positif sebagai asas kecerdasan dan pembelajaran anak.
Pengajar Terlatih
Guru bertauliah dalam kaedah pengajaran Cahayaku Legacy.
Galeri Aktiviti Pelajar
Momen Ceria, Pembelajaran Bermakna
Program Pendidikan Cahayaku
Apa Itu Cahayaku?
Cahayaku ialah satu sistem pendidikan yang menggunakan Teknik Mimik, iaitu kaedah pembelajaran berasaskan ekspresi wajah dan bunyi untuk membantu anak memahami bacaan tanpa perlu mengeja atau membatang. Modulnya direka untuk semua tahap — daripada pelajar biasa hingga pelajar istimewa — dengan fokus membina asas membaca yang kukuh, emosi positif, dan keyakinan diri.
Modul Membaca
Bahasa Melayu, English Pronunciation, Lughatul Arabi & Lughatul Qurani – membina asas membaca pelbagai bahasa secara progresif.
Modul Sampingan
Aktiviti mewarna, asas penulisan dan ejaan bagi mengukuhkan kemahiran motor halus dan literasi.
Modul Pemantapan
Latihan ejaan, penulisan karangan dan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) untuk pelajar lebih maju.
Modul Tambahan
Vocabulary Translation (Kamus Cahayaku), tulisan Jawi, dan hafazan berintonasi gaya Syeikh Misyari Rashid.
Modul Tadika (KSPK – KPM)
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang lengkap untuk perkembangan akademik, sosial dan emosi anak prasekolah.
Modul Pra KAFA
Persediaan pendidikan Islam merangkumi asas akidah, akhlak, amali ibadat, doa & hafazan surah lazim.
Testimoni Ibu Bapa & Pencapaian Pelajar
Bukti Keberkesanan Program Kami
Ramai ibu bapa di Kulai memilih IntelekEdu kerana perubahan positif yang ketara pada anak mereka, dari lemah membaca menjadi yakin, petah dan berdikari. Kejayaan ini hasil gabungan modul Cahayaku yang terbukti berkesan dan bimbingan guru terlatih.
Apa Kata Ibubapa?
Masa saringan tak boleh, baru 4 tahun
“Teruja dan tak sangkalah secepat ini. Berapa minit je .. tinggal sekejap je, dah panggil. Tak sampai 2 minit kot kan .. terus dah boleh baca Diftong. masa saringan tak boleh. Baru 4 tahun”

Tak boleh baca A-E-I-O-U, dalam masa 5 minit cikgu panggil balik
“Sebelum ini anak saya yang 5 tahun tak boleh baca A-E-I-O-U, dalam masa 5 minit cikgu panggil balik resultnya amat memeranjatkan. Begitu juga anak saya yang 9 dan 10 tahun sebelum ini ada perkataan yang tak boleh baca. Saya rekemen sangat hantar anak-anak belajar di sini!”

Cikgu Cahaya buat MAGICAL kot!
“Cikgu Cahaya buat MAGICAL kot! Masa sesi saringan dia tak boleh baca muka surat 15. Macam tak percaya, saya baru duduk sekejap tak sampai 5 minit je Cikgu dah panggil semula. Anak saya 9 tahun tadi dah boleh baca muka surat 15 tu. Sebelum ni dia tak boleh baca 3 suku kata”

Proses Mudah Sertai IntelekEdu
4 Langkah Ringkas Untuk Anak Mula Belajar di IntelekEdu
Kami memudahkan proses pendaftaran supaya ibu bapa dapat melihat sendiri bagaimana program kami berfungsi dan sesuai untuk anak anda.
01
Daftar Klinik Membaca
Isi borang pendaftaran awal untuk menempah slot penilaian anak.
02
Tour Centre
Lawati pusat kami dan kenali suasana pembelajaran anak.
03
Sesi Klinik Membaca
Anak melalui sesi penilaian bacaan & percubaan teknik kami.
04
Daftar Program
Pilih program yang sesuai dan mulakan perjalanan pendidikan anak.
Bermula Hari Ini untuk Masa Depan Anak Anda
Tempah sesi Klinik Membaca atau dapatkan maklumat lanjut program kami.